Wednesday, September 23, 2009

Melankolik

Suatu perasaan yang luarbiasa, akan di rasai. Bila kamu ketawa.
Tapi seseorang tahu yang sebenarnya kamu tidak begitu gembira.
Suatu perasaan yang luarbiasa, akan di rasai. Bila kamu kata. Saya okay.

Tapi seseorang berkata kepada kamu. Tidak. Saya tahu, kamu tak okay, kan?
Kita selalu terlepas pandang, dalam banyak perkara.
Kadang-kadang kita pandang, tapi hanya di permukaan sahaja.
Kita jarang-jarang cuba untuk menyelami.
Mungkin perkara yang kita pandang itu.

Bukan satu kepentingan dalam hidup kita.
Bukan satu kepentingan untuk diri kita.

Kerana itulah kita tidak memandang lama-lama.
Sememangnya kita adalah begitu.
Sering memandang apa yang kita suka sahaja.

Lalu, jadilah kita manusia yang terlepas pandang.
Lalu, jadilah kita manusia yang kurang peduli.
Lalu, jadilah kita manusia yang semakin tak memahami.
Benarkah????

lynord sign

1 comment:

  1. apa makne melankolik?

    aku bukan orang bahasa.tak paham..hoho

    ReplyDelete