Wednesday, September 01, 2010

Mengapa Kita Makan Dengan Tangan Kanan...

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dgn tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yg janggal. Akan tetapi rata² masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis² rasmi hinggalah ke makan di tempat2 ternama seperti dihotel² besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yg makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yg menyuap makanan dgn tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis² "high level", pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.


Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat² negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.


Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dgn tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dgn aktiviti makan menggunakan tangan kanan yg mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.


Makan dgn tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat² negatif, sebab itulah makan dgn tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yg penuh dgn dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dgn tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan² lain terutamanya dalam hal makan tersebut.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan² sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yg "betul" termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis² rasmi, ini termasuklah dgn menyuap makanan dengan tangan kiri.


Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yg rata²nya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin² kita rata²nya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yg kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda² tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?


Apa yg saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam²nya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yg tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yg melihat dgn mata hati keimanan sahaja yg dapat memahami.

Sumber : Emel...


lynord sign

No comments:

Post a Comment