Thursday, November 05, 2009

Petua Untuk Mendapat anak

Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah berkawin sekian lama....atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.

1- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli( warna hitam ) setiap awal pagi bagi si suami.
2- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga
3- Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila pergi ke masjid, Insya-Allah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.


Cara Buat Senaman Batin :-
1- Duduk bersila badan tegak
2- Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow )
4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa.
5- Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3 x buat (maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri ).
Selamat mencuba.


lynord sign

No comments:

Post a Comment