Monday, September 14, 2009

10 perbuatan sia-sia perlu dielak ummah

SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

  • Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidakdimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  • Orang yang membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap hari.
  • Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.
  • Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
  • Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
  • Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
  • Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  • Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  • Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantarankelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

lynord sign

No comments:

Post a Comment