Thursday, August 27, 2009

Mourinho salahkan Ramadan

ROME: Pengurus Inter Milan, Jose Mourinho mencetuskan kemarahan masyarakat Islam Itali apabila menyalahkan puasa sebagai faktor pemainnya, Sulley Muntari, gagal beraksi cemerlang dalam perlawanan pertama menentang Bari yang berkesudahan seri 1-1, Ahad lalu.

“Muntari menghadapi masalah berpunca Ramadan, mungkin cuaca panas pada masa ini tidak baik untuk dia melakukannya (berpuasa). Bulan Ramadan yang bermula sekarang tidak baik bagi seorang pemain bola sepak,” kata Mourinho.

Malah, bekas pengurus Chelsea itu juga membayangkan, Muntari yang berasal dari Ghana, tidak akan bermain dalam perlawanan hujung minggu menentang AC Milan.

Kenyataan Mourinho menyebabkan Presiden Kesatuan Pertubuhan Masyarakat Islam Itali, Mohamed Nour Dachan menyifatkan pengurus Inter Milan itu tersilap cakap.

“Lebih baik Mourinho kurang bercakap. Seorang pemain (Muslim) yang berpuasa tidak lemah kerana keadaan mental dan psikologi yang seimbang membantu ahli sukan berdasarkan kajian Institut Perubatan Sukan “ katanya. - AFP

Sumber : Berita Harian

*** agak² la nak salahkan pun... bukan sebab puasa la umat islam nie lemah...


lynord sign

No comments:

Post a Comment