Friday, August 07, 2009

Gula Malaysia "Disorok"???

BEGITULAH mudahnya seorang penduduk dari Rantau Panjang mendapatkan bekalan gula keluaran syarikat Malaysia di sebuah kedai runcit di Sungai Golok, Selatan Thailand semalam.

SUNGAI GOLOK (SELATAN THAI) - Bekalan gula di Malaysia tiba-tiba 'lesap' di pasaran menjelang bulan Ramadan dan ketiadaannya menimbulkan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

Terbongkarnya kegiatan menyorok barangan harga terkawal itu seperti yang berlaku di Kangar, Perlis berkemungkinan menjawab krisis yang berlaku. Semua itu berlaku hanya adanya sikap tamak dan mahu mengaut untung yang berlebihan dengan menyeludup masuk gula dan menjualnya ke negara jiran.

Tinjauan wartawan Kosmo! membongkar akan kegiatan penjualan gula dari Malaysia di pekan ini yang dipercayai melibatkan sindiket tertentu yang menyeludup masuk dan kemudiannya dijual secara bersembunyi.

Gara-gara krisis gula di Malaysia, ia mendapat sambutan hangat di sini menyebabkan penjualannya dihadkan dan dijual secara eksklusif sahaja.

Rata-rata peruncit di pekan ini tidak mahu mengambil risiko terputus bekalan gula ekoran tindakan kawalan dan penguatkuasaan di sempadan yang semakin ketat. Mereka perlu menjualnya kepada pembeli yang dikenali sahaja.

Harga bagi sekilogram gula yang dijual oleh rata-rata peruncit di sini adalah RM2.20 berbeza dengan harga yang dijual di Malaysia hanya RM1.45 sekilogram.

Siasatan Kosmo! juga mendapati kebanyakan kedai runcit di pekan ini lebih cenderung untuk hanya menjual gula keluaran negara ini dengan mempamerkan di luar premis masing-masing.

Untuk membeli gula yang diseludup masuk ke negara ini, seseorang itu perlu mendapat 'lampu hijau' terlebih dahulu daripada tauke untuk mengeluarkannya daripada stor sebelum urus niaga itu berlaku.

"Gula 'Malaysia' sekarang susah nak dapat, kalau nak beli juga kena tanya tauke saya dulu. Kalau dia tak bagi, saya tak boleh jual," ujar seorang pekerja kedai runcit yang ditemui di sini semalam.

Selepas mendapat kebenaran, wartawan Kosmo! yang menyamar sempat mengajukan beberapa pertanyaan mengenai kesukaran mendapatkan bekalan gula dari Malaysia.

"Saya sendiri susah nak dapat bekalan gula. Bila dapat, mahal pula... mahu atau tidak saya kena beli sebab tahu memang orang Malaysia cari," kata peruncit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Mat.

Tinjauan ke Pekan Mundok dalam Wilayah Thailand yang turut menjadi tumpuan penduduk sekitar sempadan antara dua negara ini mendapati barangan kawalan itu sukar didapati.

Fenomena itu ternyata mengundang seribu pertanyaan kerana lokasi tersebut sebelum ini dianggap 'mewah' dengan bekalan gula ekoran kegiatan penyeludupan yang semakin aktif.

Sementara itu di Rantau Panjang, kebanyakan penduduk di sini sanggup menyeberangi sempadan sama ada melalui jalan 'halal' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin atau secara 'haram' di pangkalan haram sekitar Sungai Golok hanya untuk mendapatkan sebungkus dua gula berisi satu kilogram setiap bungkus.

Masing-masing juga mengakui aktiviti menyorok gula di kalangan peruncit dan pekedai di sini turut 'berjangkit' ke negara jiran yang bermula sejak minggu lalu ekoran tiada lagi 'pameran' barangan tersebut di premis.

"Saya tiada pilihan lain terpaksa juga berulang-alik ke sana (Pekan Sungai Golok) untuk beli gula hampir setiap hari. Kalau diikutkan, di sini kita boleh beli dengan harga RM1.50 sekilogram, lebih murah RM0.70 berbanding jika di beli di sana (Sungai Golok) dengan harga RM2.20," ujar seorang penduduk kampung, Suhaimi Ahmad, 30.

Bagi seorang peniaga kedai makan di Gual Tinggi di sini, Wan Mohamad Zaid Wan Karim, 36, yang biasa membeli sebanyak 24 kilogram gula setiap kali berkunjung ke pekan ini turut merasai kenaikan harganya dalam sekelip mata.

Sumber : Kosmo!

*** nie yang aku pelik... time nak puasa & raya je mesti berlaku kes camnie... tahun lepas pun cam tue gak... asyik² takde gula... bila kerajaan nak import gula dari Brazil... esoknya terus supermarket & hypermarket ada gula... bukan 1kg punya packing... tapi 50kg punya packing... nie semua nak suruh upkan harga gula la nie... dulu RM1.40 pastu naik sikit jadi RM1.45... lepas nie kalau jadi la mesti naik sampai RM1.50 ke atas...

No comments:

Post a Comment