SANAA: Seorang lelaki yang dituduh merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun menjalani hukuman mati di depan orang ramai, semalam.
Ketika Yehya Hussein al-Raghwah dibawa di sekitar bandar itu, ratusan orang yang berbaris di tepi jalan bersorak ke arahnya sebelum hukuman dilaksanakan.
Yehya didakwa merogol dan membunuh Hamdi al-Kabas ketika mangsa datang untuk memotong rambut di kedainya pada Disember lalu.
Selepas menyerang Hamdi, Yehya mengerat tubuh mangsa sebelum membuangnya di pinggir Sana’a.
Yehya dijatuhi hukuman mati oleh pada bulan lalu.
Semalam, dia dibawa meninggalkan penjara Sana’a dengan tangan bergari dan berpakaian putih.
Yehya dibenarkan berdoa seketika sebelum bajunya dibuka dan dibaringkan.
Seorang anggota polis membacakan hukuman yang dijatuhi ke atasnya sekali lagi dan pegawai perubatan memantau keadaan.
Seorang tentera mengeluarkan mesingan dan menyasarkannya ke arah belakang leher Yehya.
Dalam sedetik, segalanya berakhir. - Agensi
*** sumber dari Harian Metro
No comments:
Post a Comment