Wednesday, April 01, 2009

Jawatan Kosong di UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Bukan Akademik di Universiti ini.

Kepada sesiapa yang berminat, permohonan WAJIB dibuat secara “on-line” melalui laman web UTeM bermula 30 Mac 2009 dan mana-mana permohonan melalui borang (manual) tidak akan dipertimbangkan.

Bagi memudahkan rakyat Negeri Melaka dan sekitarnya untuk memohon, pihak Universiti menawarkan perkhidmatan dan kemudahan komputer secara percuma seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Mac—30 April 2009 (Isnin —Jumaat kecuali cuti umum)

Masa : 8.30 pagi—4.30 petang
Tempat : Dewan Siber, Kampus Industri UTeM Ayer Keroh

Sila bawa bersama dalam bentuk “softcopy” :
i) gambar berukuran passport ;
II) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Kelayakan Ikhtisas beserta salinan transkrip.

Sebarang Pertanyaan, Sila Emailkan Ke
perjawatan@utem.edu.my atau Hubungi Talian 06-5552000

PERHATIAN:
Pegawai sedang berkhidmat dibenarkan untuk membuat permohonan jawatan secara on-line dengan mengisi borang on-line yang disediakan.

Sekiranya berjaya dipanggil temu duga Tuan/Puan hendaklah membawa bersama

1. Perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan.
2. Kenyataan perkhidmatan yang Telah Dikemaskini
3. Laporan pengisytiharan harta
4. laporan penilaian prestasi yang terkini (3 tahun kebelakang)
5. kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib.


klik di SINI untuk keterangan lanjut...

No comments:

Post a Comment