Wednesday, April 01, 2009

Cara Pemakaian Tudung wanita...

Mari kita lihat cara pemakaian tudung wanita di luar sana
  • KESALAHAN PERTAMA: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  • KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  • KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  • KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  • KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  • KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul,leher, tengkuk dan dadanya.
Baca la surah ini al-Ahzab: 59 Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
p/s: janganla hanya kerana beberapa wanita bertudung yg tidak menjaga tingkahlaku, semua wanita bertudung dapat nama buruk. Tudung adalah perisai untuk menjaga maruah wanita. Bila anda bertudung, pastikan anda sentiasa ingat bahawa anda adalah orang Islam yang sepatutnya menjadi contoh yang baik sepada semua.

No comments:

Post a Comment